Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
dunia

200 pendatang haram Israel ceroboh Kompleks Masjid Al-Aqsa, lakukan ritual provokatif

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
28 Julai 2026, 07:05 PTG MYT
Aktif 11h 31min lalu
·🌐 Baitulmuqaddis

Hampir 200 pendatang haram Israel telah menceroboh pekarangan Kompleks Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmuqaddis pada Selasa di bawah kawalan ketat pasukan keselamatan Israel.

Kumpulan tersebut melakukan ritual dan upacara keagamaan yang disifatkan sebagai provokatif di beberapa lokasi dalam pekarangan suci umat Islam.

Tindakan ini mencetuskan bantahan kerana didakwa melanggar pengaturan status quo yang berkuat kuasa sejak 1967, yang membenarkan penganut bukan Islam melawat tetapi tidak menjalankan ibadat di kawasan berkenaan.