Skuad bola sepak kebangsaan Iran berlepas ke Turkiye untuk mengharungi aksi persahabatan dan menyelesaikan proses permohonan visa Amerika Syarikat menjelang Piala Dunia FIFA 2026.
Pasukan ketua jurulatih Amir Ghalenoei itu berlepas ke Antalya dengan 22 pemain daripada liga domestik bersama barisan kejurulatihan.
Selain bermain sebagai pemanas badan, agenda utama perjalanan itu adalah untuk menghadiri temu duga dan melengkapkan dokumentasi visa ke AS berikutan ketiadaan kedutaan rasmi Washington di Tehran.



