Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang telah membuat keputusan mengekalkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran kerajaan negeri hingga Pilihan Raya Umum akan datang.
Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyatakan keputusan itu dicapai pada Mesyuarat PH negeri berdasarkan kesefahaman kerjasama yang terjalin antara PH dan BN pada Pilihan Raya Negeri 2023.
Keputusan ini diambil kerana PH Pulau Pinang percaya masih terdapat ruang untuk memperkukuh kerjasama dan mempercepat agenda reformasi perjuangan PH.


