Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarahkan dua pihak berkuasa tempatan iaitu MBPP dan MBSP untuk menghentikan pelaksanaan Sistem Pengecaman Nombor Plat Automatik dalam mengeluarkan kompaun berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyatakan keputusan ini dibuat setelah kerajaan negeri mengambil maklum balas dan pandangan rakyat berhubung pelaksanaan sistem berkenaan yang dianggap bermasalah.
Langkah ini bertujuan membolehkan semakan semula menyeluruh terhadap sistem ANPR bagi memastikan pelaksanaannya lebih adil dan tidak merugikan pengguna jalan raya yang tidak bersalah.


