Johor menjadi negeri pertama melaksanakan teknologi CODE+ dalam pembangunan pusat data berskala besar, memperkukuh kedudukannya sebagai negeri hijau dan hab pembangunan digital mampan negara.
Pelaksanaan teknologi ini diumumkan sempena pelancaran Pusat Kecemerlangan oleh Princeton Digital Group di kampus Sedenak pada 23 April, termasuk perasmian fasiliti pusat data hiperskala JH1 Fasa 4 dan Fasa 5.
Langkah ini menyokong agenda pembangunan rendah karbon dan ekonomi digital Malaysia melalui kerjasama strategik antara sektor kerajaan dan industri.


